Hari Terbuka Pusat Internet Rantau Panjang Sibu

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019, Sabtu, Pusat Internet (PI) Kg. Bandong telah turut serta dalam program Hari Terbuka Pusat Internet Rantau Panjang Sibu. Antara PI lain yang terlibat adalah PI Nanga Sekuau.

Program tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari. Seramai 158 orang pengunjung yang datang untuk memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Antara pengisian program ialah pendaftaran ahli percuma, aktiviti senaman pagi, pertandingan powerpoint bertemakan jenayah siber, kuiz KDB, sukaneka, taklimat Advokasi serta taklimat Penutupan Siaran TV Analog & Perlaksanaan TV Digital MyFreeview.

Majlis Penutupan Program Hari Terbuka Pusat Internet Rantau Panjang diserikan lagi dengan kehadiran Tuai Rumah iaitu Franky Anak Bawok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali